Hatta Mikasa

Saturday 13 April 2013

Rekaan Unik

Yang ni aGak kejam,kesin plak aku tengok,sampai tercabut kepala binatang Tu..

Pendrive potongan buah Tembikai,perh sempoi baQ hang!!!!

Macam-macam design pendrive ada sekarang ni,
Dari Design yang Ganas,Comey,Makanan..Herm pendek kata Seribu dalam ada..
Maklum laaa nak tarik minat pembeli untuk beli barangan masing2..

                                                ♡ Keindahan Dunia yang tiada bandingannya 
      ♡ Lihatlah betapa indahnya ciptaan Ilhai, 
♡ Tiada cacat celanya ♡

Kehijauan  Hutan yang membawa 
❀ Keindahan❀
❀ ketenangan,❀
❀ Kegembiraan❀

Pengorbanan Seorang Ibu Untuk anaknya.

Setip Manusia yang hidup pasti pernah menghadapi kesedihan,

                       Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang 
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni 
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab 
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam 
blog ni.

Cerita ni 
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian 
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu 
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya 
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini 
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci 
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya 
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. 
Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau 
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau 
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya… 

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku 
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku 
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak 
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, 
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau 
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus 
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan 
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah 
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah 
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat 
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu 
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan 
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin 
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana 
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu 
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat 
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak 
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku 
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…

Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia 
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu

By:Hatta Hush @ Hatta Mikasa

Setiap Masalah pasti ada penyelesaianya

Kita sering berhadapan dengan ujian  Allah swt
 Ujian dunia yang di turunkanya kepada kita,
Di kala kita ceria datangnya kesedihan,
Di kala senang datangnya kesusahan,
Di kala kita sihat datangnya sakit,
Samada kita sedar atau tidak??
Dengan dugaan yang
diturunkan kepada
KITA!!

Setiap dugaan yang diturunkan pasti ada hikmah disebaliknya,
Jangan kita leka dengan kemewahan di dunia ini,
Kita harus ingat ALLAH sentiasa berada di sisi kita,
Bersyukurlah dengan nikmat yang diberkan kepada kita,
gunakanlah ia dengan sebaiknya,

Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaianya
Ingatlah padanya

Ingatlah ALLAH tuhan kita,
✔Maha pencipta
✔Maha pemberi
✔Maha terpuji

HeY Arnold

Hey Arnold!
Television Series
Hey Arnold! is an American animated television series created by Craig Bartlett for Nickelodeon. The show's premise focuses on a fourth grader named Arnold who lives with his grandparents in a large city. Wikipedia
First episodeOctober 7, 1996
Final episodeJune 8, 2004
Theme songHey Arnold! Theme Song

Sapa pernah tonton citer ni???
Ni la citer Favorite aku masa form 2
Best kan??
Macam-macam watak ada kan..
Si Arnold yang kepala macam bola Rugby,
Gerald si Kepala Panjang
Harold yang jahat
Helga si perempuan yang ganas & jahat..

Helga ♥♥♥♥ Arnold
Lawak betul la bila tengok Si Helga ni 
Si Helga ni suka benar dekat si Arnold 
Tapi Si Helga ni malu nak luahkan pada Arnold,hahahaha
macam mana nak luahkan kalau tiap kali jumpa ja Si Helga ni mesti cari pasal dengan Si Arnold,
Dia selalu cakap Arnold ni kepala macam bola Rugby dan macam2 lagi..Dia tak sedar yang dia tu bukan cantik mana pon,tapi bila berada dekat dengan Arnold penyakit meroyan Si Helga ni  mula laa muncul..
Hero kepala bola rugby,Heroin pulak dengan tocang rambut 2 tambah pulak  reben pink yang besar mcm belalai gajah..hahaha
LAWAK BENAR!!!!!

Kesian tengok tapi Teringin nak makan

KISAH DAGING ARNAB

ARNAB

Arnab ni spises binatang peliharaan yang comey dan manja tapi daging binatang ni boleh tahan sedap jugak laa..Daging arnab memang sedap tapi aku memang tak sanggup tengok binatang ni kena sembelih,macam mana tak sanggup arnab ni dah la comey dengan manja diaaaa,,herm ibarat macam tengok kucing kena sembelih,YA ALLAH sedih kot tengok..First time aku makan daging arnab niii masa kak aku perkena aku,dy just bagi jaa xcakap pon daging arnab,sini apa lagi makan tak ingat apa dah,biasa la benda free sapa tak mau..hahahaha,sedap punya sedap makan tiba2 kak aku tanya
 "Sedap tak??? hampa taw tak tu daging pa??"
aku pon automatik cakap
"AYAM".
lepas2 kak aku tanya lagi,
"Ayam apa besar mcm tu"
aku pon balas balik cakap
"Ayam belanda,ayam belanda kan besar"...
hahahaha,kak aku gelak,aku pun hairan jugak tapi mulut tak stop makan..biasa laaa sedap
bila dah clear semua baru kak aku bagi tahu, "Tu la daging ARNAB,sedap kan???
aku macam tak caya jaa..hah biar betul!!!!!
balas kak aku "Sungguh aih nak tipu buat apa,kawan kak yang depan rumah tu bagi,kan suami dia askar, depa sembelih arnab buat makan2 lepas2 depa bagi dekat kak sikit,kak tak berani nak makan,,,,kesian"..so kak bagi la dekat hampa...hahahaha...
tapi bukan aku nak kta laa daging arnab memang sedap..Seriously,sampai hari ini aku teringin nak makan,dengan daging yang manis,lembut..hermmm mmg terbaik laaa..Yang belum cuba tu jangan lupa cuba makan,daging arnab lebih kurang macam daging ayam jaaa..

Friday 12 April 2013

Rindu mulai muncul perasaan kasih sayang muala membuak2 di dalam hati,namun perasaan itu mulai hancur apabila hati mula dilukai dengan

Tanda-tanda Allah Taala Dekat di Sisi HambaNya

Tanda-tanda Allah Taala Dekat di Sisi HambaNya
                                                            
”Ya Allah haramkanlah kulit, darah, daging dan tulangku daripada api neraka.” Demikianlah doa seorang hamba yang datang kepada Tuhannya membawa penyesalan. Maka tiada kegembiraan melebihi kegembiraan Allah Taala mendengar rintihan hamba-Nya itu. Dan tiada pandangan yang lebih bernilai daripada pandangan rahmat Allah SWT ke atasnya. Kekotoran dibalas dengan kesucian, airmata digantikan dengan perasaan bahagia yang menyelimuti diri, dalam kesusahan dapat juga dirasai erti kenikmatan. Iaitu kenikmatan diterima menjadi hamba-Nya yang dekat dan rapat.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: ”Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada kamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku, hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah al-Baqarah: Ayat 186.

Antara tanda-tanda dekatnya seorang hamba kepada Allah Taala ialah:
i. Gementar hatinya apabila disebut nama Allah SWT.
Dalam keadaan apapun dia tetap meletakkan kesucian dan keagungan Allah SWT berada pada tempat yang tertinggi dalam hatinya. Gementar hati bermakna hati yang terfokus kepada mencari reda Allah SWT. Hati yang sentiasa jujur dalam hubungan dengan Tuhannya. Tidak ada perbezaan ketika susah atau senang, sendirian atau berada di tengah-tangah manusia yang ramai, hatinya tetap setia, jujur dan ikhlas mencintai Tuhannya. Orang yang bercinta semestinya bergetar hati bila disebut nama yang dicintainya. Gementar bukan cuma bermakna takut tetapi juga rindu dan bahagia. Dia yakin bahawa Allah dekat di sisi. Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka.” (Surah Al-Anfal: Ayat 2)
ii. Imannya sentiasa bertambah. 
Setiap hari dia seolah-olah menaiki anak-anak tangga menuju puncak reda Allah SWT. Ada yang terjatuh dan kembali bangkit, ada yang duduk diam tidak mahu mendaki, ada pula yang berhati-hati hingga mencapai tingkat yang lebih tinggi daripada orang lain. Sabar dan mujahadah, waspada dan tawakal menjadi pemangkin semangat menuju puncak kejayaan. Hamba yang dekat di sisi Allah SWT tidak akan membiarkan dirinya berpaling dari-Nya. Namun demikian dia mengaku bahawa hawa nafsunya kadang-kadang melepaskan ikatan itu dan menyungkurkan dirinya di bawah paras kehinaan dan melupakan Allah SWT. Oleh itu dia suka menambah imannya dengan memperluas kefahamannya dengan ilmu. Masanya banyak dihabiskan untuk membaca, mengkaji dan merenungi kebesaran Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud: ”Dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah iman mereka kerananya.” (Surah Al-Anfal: Ayat 2)
Proses mendekatkan diri kepada Allah SWT memerlukan sedikit usaha kajian, baik teoritis mahupun amali. Proses ini berterusan hingga ke akhir hayat manusia. Tanpa ilmu, kedudukan tertinggi di sisi-Nya hanya impian semata.

iii. Prinsip hidup orang beriman ialah menjual dirinya kepada Allah.
Setiap hari dia mesti mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut. Dia hendaklah menutup harinya dengan tirai audit muhasabah, menyoal untung rugi yang didapat, adakah amalannya bertambah atau berkurangan?
Harta dan jiwa adalah sesuatu yang paling berharga pada diri manusia. Mereka sanggup mengorbankan apa saja untuk mempertahankan keduanya. Harta dan jiwa menjadi modal kebahagiaan, namun demikian ada segolongan manusia yang sanggup melepaskan harta dan jiwanya untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman diri dan harta mereka dengan syurga, mereka berjuang di jalan Allah.” (Surah al-Taubah: Ayat 111)
iv. Tidak takut dengan celaan orang-orang yang suka mencela.
Alkisah seorang lelaki yang bercinta dengan wanita miskin. Semua orang menghina lelaki itu kerana memilih wanita itu menjadi isterinya. Macam-macam komen yang didengar dan sungguh menyakitkan hatinya, tetapi kerana cinta dan kasih yang tulus, dia tidak mempedulikan segala penghinaan dan celaan orang. Begitu bulat hatinya membela sang isteri. Bagaimanakah keadaan orang mukmin jika hatinya telah berada di sisi Allah SWT? Sudah tentu dia tidak akan berasa takut dan malu dengan penghinaan orang yang dengki. Bukankah Allah SWT lebih hebat kuasa-Nya daripada kekuatan manusia? Firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud: ”…kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin dan tegas kepada orang-orang kafir. Yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut celaan orang-orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah diberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (pemberiannya) lagi Maha Mengetahui.
Bukan mustahil mendapat gelaran ’hamba yang dekat di sisi-Nya’ jika kita mahu menjejak jalan orang-orang terdahulu, Rasulullah SAW dan para sahabat baginda telah memulakan jalan itu. Tapak bekas kaki mereka masih jelas kelihatan menuju arah yang benar tetapi sifat manusia yang sentiasa lalai dan lupa menjadikan jalan itu kabur pada pandangan mata mereka.

Tanda-tanda Allah Taala Dekat di Sisi HambaNya
                                                            Description: http://drjuanda.com/wp-content/uploads/2012/02/www.omaQ_.org079.jpg

Menadah Cinta Ilahi

Menadah Cinta Ilahi   
                                                   
Perjalanan kehidupan yang dilalui banyak mengajar erti cinta kepada kita. Hubungan cinta sesama insan yang meminta balasan biasanya akan berakhir dengan kebencian apabila balasan yang diharapkan itu tidak diperolehi. Suami isteri yang saling cinta menyintai akan berubah menjadi saling membenci jika ada penyelewengan daripada salah seorang yang curang. Begitu juga antara sahabat yang berkasih sayang, setiap kesalahan demi kesalahan dalam perhubungan mereka akan menjadi dendam yang mencalari hati masing-masing. Cinta anak kepada ibu bapanya sedikit sebanyak akan terhakis kerana komitmen yang harus diberi kepada isteri dan anak-anak. Tragedi demi tragedi yang menyimpan kepiluan di hati kerana kehilangan cinta membuat hamba yang beriman sedar bahawa cinta yang abadi hanya kepada Allah SWT. Dia tidak pernah sekalipun meninggalkan kita bersendirian, Dia sentiasa mendengar dan memerhati segala gerak bahkan lintasan hati manusia. Kerana cinta-Nya, kita hidup untuk menikmati keindahan dan kurnia kebahagiaan. Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: ”Sesungguhnya Allah SWT mempunyai seratus rahmat dan Dia menurunkan satu rahmat untuk jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan satu rahmat itu semua makhluk saling menyayangi dan binatang buas mempunyai rasa kasih sayang terhadap anaknya. Adapun rahmat yang sembilan puluh sembilan lagi, Allah menyimpannya untuk diberikan pada hari kiamat sebagai wujudnya rasa sayang terhadap hamba-hamba-Nya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Cinta kepada Allah bukan hanya menjanjikan kebahagiaan. Ia juga akan melahirkan peribadi yang memiliki kekuatan dan keberanian yang maha hebat dalam menghadapi ujian di dunia. Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya: ”Apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi).
Sebagaimana Ibrahim AS yang meredah lautan api, Muhammad SAW pula hidup dikelilingi musuh yang mahu membunuhnya. Para sahabat baginda rela bertaruh nyawa demi cinta kepada Rabbul ’Alamin. Sejarah telah mencatatkan kata-kata sakti seorang sahabat Rasulullah SAW, Mush’ab bin Umair ketika dipaksa untuk meninggalkan agama Allah SWT oleh bondanya yang hendak membunuh diri untuk memaksanya murtad. Beliau berkata: ”Wahai ibu, jika ibu memiliki seratus nyawa sekalipun, dan nyawa itu keluar dari jasadmu satu persatu aku tetap beriman kepada Tuhanku.” Begitulah jika Al-Rahman telah mencurahkan cinta-Nya pada seorang insan. Mush’ab mengajar kita untuk meninggikan cinta kepada Allah pada darjat tertinggi melebihi dari yang lain. Ada tiga cara yang telah dilalui oleh orang-orang pilihan Allah untuk mendapatkan cinta-Nya yang abadi.
MenyucikanHati.
Pandangan Allah SWT jatuh pada hati kita. Jika anda mahukan pandangan rahmat-Nya maka bersihkanlah hati. Rasulullah SAW bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badanmu dan tidak pula kepada rupa parasmu, tetapi Dia memandang kepada hatimu dan amalanmu.”(Hadis riwayat Muslim)
Hati yang suci dari dosa dan maksiat berhak mendapatkan cinta Allah. Dari hati seperti inilah akan lahir amal perbuatan yang baik. Jika anda berasa malas beribadat atau ragu-ragu melakukan ajaran agama, itu adalah tanda hati anda tidak sihat. Dalam bermuamalah dengan manusia, elakkan menyimpan dendam dan dengki serta penyakit-penyakit hati yang lain. Kesimpulannya, hati yang suci dan sihat adalah hati yang selamat apabila berhubungan dengan Allah dan juga dengan sesama manusia. Firman Allah SWT: ”Akan ditimpa kehinaan kepada kamu manusia di mana saja kamu berada melainkan mereka menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia. (Surah Ali Imran: Ayat 112).
Milikilah cinta Ilahi dengan berkasih sayang kepada sesama manusia. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis qudsi: Allah SWT berfirman: ”Sesungguhnya cinta-Ku adalah bagi orang-orang yang saling mencintai kerana mengharap keredaan-Ku.” (Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Muwattha’ dengan sanad yang sahih)

Sentiasa dekat dengan-Nya.
Apabila cinta sudah jatuh di hati yang bersih, maka ingatlah kepada-Nya di mana saja anda berada. Tumpuan perhatian-Nya ada pada diri kita. Keagungan Allah SWT sentiasa menjadi lamunan dan sumber inspirasi. Nama-Nya melakar fantasi akal dan menghias keindahan pada mimpi dan realiti. Allah SWT hadir pada setiap gerak langkah, ibadah bertambah khusyuk dan perbuatan baik kepada sesama manusia semakin tulus. Apa saja yang dilakukan adalah demi keredaan-Nya. Janji-janji sentiasa disanggupi dengan keikhlasan, baik buruk keadaan semuanya dijalani dengan kerelaan kepada sang kekasih Rabbul ’Izzati.
Rasulullah SAW bersabda: ”Allah berfirman, Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku sentiasa bersamanya selama ia mengingati-Ku. Demi Allah. Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya melebihi gembiranya seseorang di antara kalian yang menemukan kembali barangnya yang telah hilang di tengah padang pasir. Barangsiapa yang mendekat pada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepada-Nya sehasta, barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa dan apabila ia datang kepada-ku berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ingatan dan pujian kepada Allah SWT belumlah cukup untuk menunjukkan kebenaran cinta kita. Ada satu syarat yang mesti dilakukan agar kita sentiasa berdamping dengan-Nya. Sepertimana sabda Rasulullah SAW; Allah SWT berfirman: ”Tidak ada yang paling Aku sukai daripada amalan hamba-Ku iaitu apabila ia mengerjakan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan seseorang yang sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunnat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku adalah pendengaran yang dengannya ia mendengar. Dan penglihatan yang dengannya ia melihat, Akulah tangannya yang dengannya ia meraih sesuatu dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Apabila ia memohon kepada-Ku nescaya Aku mengkabulkannya dan jika ia berlindung kepada-Ku Aku pasti melindunginya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kedudukan seseorang di sisi Allah SWT bergantung dengan ibadat yang dilakukannya dengan ikhlas, semakin banyak ia beramal semakin kasih Allah SWT kepadanya. Jika kita bersedih kerana kurang merasai cinta Allah SWT dan semakin jauh dari rahmat-Nya mungkin kerana kualiti ibadat kita telah merosot oleh kesibukan dunia dan lalai yang berpanjangan. Perbaikilah diri dan kembalilah merapatkan diri kepada Allah SWT dengan ibadat wajib dan sunnat.
Setia Pada Janji
Cinta yang tidak pernah berubah hingga ke akhir hayat adalah cita-cita setiap pasangan yang berkasih. Setiap ujian mampu diharungi dengan sabar. Begitu juga pembuktian cinta kepada Allah SWT yang menagih pengorbanan hamba-hamba-Nya. ”Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Penguasa alam semesta.” Janji ini menjadi penawar di hati seorang hamba, reda meredah setiap ujian kehidupan atas nama qadha dan qadar-Nya. Firman Allah SWT: ”Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Cinta kepada-Nya tidak pernah luntur dalam setiap keadaan, susah atau senang sentiasa setia dengan janji yang diikrarkan hingga kembali kepada-Nya. Hayatilah doa di bawah ini, semoga kita semua dikurniakan cinta yang sejati di dunia dan akhirat.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk di saat kehausan. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-malaikat-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.” (Hadits Al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Sahih, Rasulullah SAW bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud AS)

Thursday 11 April 2013

Shrek

Walaupun Shrek dikatakan ganas & bahaya tapi Shrek masih berani keluar dari tempat asalnya dan  membuktikan yang dia tidak sejahat yang manusia sangkan malah dia juga banyak membantu manusia jika mengalami masalah.
Aku pun tak kisah sebenarnya apa orang nak cakap dekat aku asalkan aku bahagia dengan cara aku,biarlah orang nak cakap apa,kata2 yang baik aku ambil jadikan teladan yang buruk aku jadikan sempadan..