Hatta Mikasa

Friday 12 April 2013

Rindu mulai muncul perasaan kasih sayang muala membuak2 di dalam hati,namun perasaan itu mulai hancur apabila hati mula dilukai dengan

Tanda-tanda Allah Taala Dekat di Sisi HambaNya

Tanda-tanda Allah Taala Dekat di Sisi HambaNya
                                                            
”Ya Allah haramkanlah kulit, darah, daging dan tulangku daripada api neraka.” Demikianlah doa seorang hamba yang datang kepada Tuhannya membawa penyesalan. Maka tiada kegembiraan melebihi kegembiraan Allah Taala mendengar rintihan hamba-Nya itu. Dan tiada pandangan yang lebih bernilai daripada pandangan rahmat Allah SWT ke atasnya. Kekotoran dibalas dengan kesucian, airmata digantikan dengan perasaan bahagia yang menyelimuti diri, dalam kesusahan dapat juga dirasai erti kenikmatan. Iaitu kenikmatan diterima menjadi hamba-Nya yang dekat dan rapat.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: ”Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada kamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku, hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah al-Baqarah: Ayat 186.

Antara tanda-tanda dekatnya seorang hamba kepada Allah Taala ialah:
i. Gementar hatinya apabila disebut nama Allah SWT.
Dalam keadaan apapun dia tetap meletakkan kesucian dan keagungan Allah SWT berada pada tempat yang tertinggi dalam hatinya. Gementar hati bermakna hati yang terfokus kepada mencari reda Allah SWT. Hati yang sentiasa jujur dalam hubungan dengan Tuhannya. Tidak ada perbezaan ketika susah atau senang, sendirian atau berada di tengah-tangah manusia yang ramai, hatinya tetap setia, jujur dan ikhlas mencintai Tuhannya. Orang yang bercinta semestinya bergetar hati bila disebut nama yang dicintainya. Gementar bukan cuma bermakna takut tetapi juga rindu dan bahagia. Dia yakin bahawa Allah dekat di sisi. Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka.” (Surah Al-Anfal: Ayat 2)
ii. Imannya sentiasa bertambah. 
Setiap hari dia seolah-olah menaiki anak-anak tangga menuju puncak reda Allah SWT. Ada yang terjatuh dan kembali bangkit, ada yang duduk diam tidak mahu mendaki, ada pula yang berhati-hati hingga mencapai tingkat yang lebih tinggi daripada orang lain. Sabar dan mujahadah, waspada dan tawakal menjadi pemangkin semangat menuju puncak kejayaan. Hamba yang dekat di sisi Allah SWT tidak akan membiarkan dirinya berpaling dari-Nya. Namun demikian dia mengaku bahawa hawa nafsunya kadang-kadang melepaskan ikatan itu dan menyungkurkan dirinya di bawah paras kehinaan dan melupakan Allah SWT. Oleh itu dia suka menambah imannya dengan memperluas kefahamannya dengan ilmu. Masanya banyak dihabiskan untuk membaca, mengkaji dan merenungi kebesaran Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud: ”Dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah iman mereka kerananya.” (Surah Al-Anfal: Ayat 2)
Proses mendekatkan diri kepada Allah SWT memerlukan sedikit usaha kajian, baik teoritis mahupun amali. Proses ini berterusan hingga ke akhir hayat manusia. Tanpa ilmu, kedudukan tertinggi di sisi-Nya hanya impian semata.

iii. Prinsip hidup orang beriman ialah menjual dirinya kepada Allah.
Setiap hari dia mesti mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut. Dia hendaklah menutup harinya dengan tirai audit muhasabah, menyoal untung rugi yang didapat, adakah amalannya bertambah atau berkurangan?
Harta dan jiwa adalah sesuatu yang paling berharga pada diri manusia. Mereka sanggup mengorbankan apa saja untuk mempertahankan keduanya. Harta dan jiwa menjadi modal kebahagiaan, namun demikian ada segolongan manusia yang sanggup melepaskan harta dan jiwanya untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman diri dan harta mereka dengan syurga, mereka berjuang di jalan Allah.” (Surah al-Taubah: Ayat 111)
iv. Tidak takut dengan celaan orang-orang yang suka mencela.
Alkisah seorang lelaki yang bercinta dengan wanita miskin. Semua orang menghina lelaki itu kerana memilih wanita itu menjadi isterinya. Macam-macam komen yang didengar dan sungguh menyakitkan hatinya, tetapi kerana cinta dan kasih yang tulus, dia tidak mempedulikan segala penghinaan dan celaan orang. Begitu bulat hatinya membela sang isteri. Bagaimanakah keadaan orang mukmin jika hatinya telah berada di sisi Allah SWT? Sudah tentu dia tidak akan berasa takut dan malu dengan penghinaan orang yang dengki. Bukankah Allah SWT lebih hebat kuasa-Nya daripada kekuatan manusia? Firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud: ”…kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin dan tegas kepada orang-orang kafir. Yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut celaan orang-orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah diberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (pemberiannya) lagi Maha Mengetahui.
Bukan mustahil mendapat gelaran ’hamba yang dekat di sisi-Nya’ jika kita mahu menjejak jalan orang-orang terdahulu, Rasulullah SAW dan para sahabat baginda telah memulakan jalan itu. Tapak bekas kaki mereka masih jelas kelihatan menuju arah yang benar tetapi sifat manusia yang sentiasa lalai dan lupa menjadikan jalan itu kabur pada pandangan mata mereka.

Tanda-tanda Allah Taala Dekat di Sisi HambaNya
                                                            Description: http://drjuanda.com/wp-content/uploads/2012/02/www.omaQ_.org079.jpg

Menadah Cinta Ilahi

Menadah Cinta Ilahi   
                                                   
Perjalanan kehidupan yang dilalui banyak mengajar erti cinta kepada kita. Hubungan cinta sesama insan yang meminta balasan biasanya akan berakhir dengan kebencian apabila balasan yang diharapkan itu tidak diperolehi. Suami isteri yang saling cinta menyintai akan berubah menjadi saling membenci jika ada penyelewengan daripada salah seorang yang curang. Begitu juga antara sahabat yang berkasih sayang, setiap kesalahan demi kesalahan dalam perhubungan mereka akan menjadi dendam yang mencalari hati masing-masing. Cinta anak kepada ibu bapanya sedikit sebanyak akan terhakis kerana komitmen yang harus diberi kepada isteri dan anak-anak. Tragedi demi tragedi yang menyimpan kepiluan di hati kerana kehilangan cinta membuat hamba yang beriman sedar bahawa cinta yang abadi hanya kepada Allah SWT. Dia tidak pernah sekalipun meninggalkan kita bersendirian, Dia sentiasa mendengar dan memerhati segala gerak bahkan lintasan hati manusia. Kerana cinta-Nya, kita hidup untuk menikmati keindahan dan kurnia kebahagiaan. Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: ”Sesungguhnya Allah SWT mempunyai seratus rahmat dan Dia menurunkan satu rahmat untuk jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan satu rahmat itu semua makhluk saling menyayangi dan binatang buas mempunyai rasa kasih sayang terhadap anaknya. Adapun rahmat yang sembilan puluh sembilan lagi, Allah menyimpannya untuk diberikan pada hari kiamat sebagai wujudnya rasa sayang terhadap hamba-hamba-Nya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Cinta kepada Allah bukan hanya menjanjikan kebahagiaan. Ia juga akan melahirkan peribadi yang memiliki kekuatan dan keberanian yang maha hebat dalam menghadapi ujian di dunia. Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya: ”Apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi).
Sebagaimana Ibrahim AS yang meredah lautan api, Muhammad SAW pula hidup dikelilingi musuh yang mahu membunuhnya. Para sahabat baginda rela bertaruh nyawa demi cinta kepada Rabbul ’Alamin. Sejarah telah mencatatkan kata-kata sakti seorang sahabat Rasulullah SAW, Mush’ab bin Umair ketika dipaksa untuk meninggalkan agama Allah SWT oleh bondanya yang hendak membunuh diri untuk memaksanya murtad. Beliau berkata: ”Wahai ibu, jika ibu memiliki seratus nyawa sekalipun, dan nyawa itu keluar dari jasadmu satu persatu aku tetap beriman kepada Tuhanku.” Begitulah jika Al-Rahman telah mencurahkan cinta-Nya pada seorang insan. Mush’ab mengajar kita untuk meninggikan cinta kepada Allah pada darjat tertinggi melebihi dari yang lain. Ada tiga cara yang telah dilalui oleh orang-orang pilihan Allah untuk mendapatkan cinta-Nya yang abadi.
MenyucikanHati.
Pandangan Allah SWT jatuh pada hati kita. Jika anda mahukan pandangan rahmat-Nya maka bersihkanlah hati. Rasulullah SAW bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badanmu dan tidak pula kepada rupa parasmu, tetapi Dia memandang kepada hatimu dan amalanmu.”(Hadis riwayat Muslim)
Hati yang suci dari dosa dan maksiat berhak mendapatkan cinta Allah. Dari hati seperti inilah akan lahir amal perbuatan yang baik. Jika anda berasa malas beribadat atau ragu-ragu melakukan ajaran agama, itu adalah tanda hati anda tidak sihat. Dalam bermuamalah dengan manusia, elakkan menyimpan dendam dan dengki serta penyakit-penyakit hati yang lain. Kesimpulannya, hati yang suci dan sihat adalah hati yang selamat apabila berhubungan dengan Allah dan juga dengan sesama manusia. Firman Allah SWT: ”Akan ditimpa kehinaan kepada kamu manusia di mana saja kamu berada melainkan mereka menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia. (Surah Ali Imran: Ayat 112).
Milikilah cinta Ilahi dengan berkasih sayang kepada sesama manusia. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis qudsi: Allah SWT berfirman: ”Sesungguhnya cinta-Ku adalah bagi orang-orang yang saling mencintai kerana mengharap keredaan-Ku.” (Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Muwattha’ dengan sanad yang sahih)

Sentiasa dekat dengan-Nya.
Apabila cinta sudah jatuh di hati yang bersih, maka ingatlah kepada-Nya di mana saja anda berada. Tumpuan perhatian-Nya ada pada diri kita. Keagungan Allah SWT sentiasa menjadi lamunan dan sumber inspirasi. Nama-Nya melakar fantasi akal dan menghias keindahan pada mimpi dan realiti. Allah SWT hadir pada setiap gerak langkah, ibadah bertambah khusyuk dan perbuatan baik kepada sesama manusia semakin tulus. Apa saja yang dilakukan adalah demi keredaan-Nya. Janji-janji sentiasa disanggupi dengan keikhlasan, baik buruk keadaan semuanya dijalani dengan kerelaan kepada sang kekasih Rabbul ’Izzati.
Rasulullah SAW bersabda: ”Allah berfirman, Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku sentiasa bersamanya selama ia mengingati-Ku. Demi Allah. Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya melebihi gembiranya seseorang di antara kalian yang menemukan kembali barangnya yang telah hilang di tengah padang pasir. Barangsiapa yang mendekat pada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepada-Nya sehasta, barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa dan apabila ia datang kepada-ku berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ingatan dan pujian kepada Allah SWT belumlah cukup untuk menunjukkan kebenaran cinta kita. Ada satu syarat yang mesti dilakukan agar kita sentiasa berdamping dengan-Nya. Sepertimana sabda Rasulullah SAW; Allah SWT berfirman: ”Tidak ada yang paling Aku sukai daripada amalan hamba-Ku iaitu apabila ia mengerjakan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan seseorang yang sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunnat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku adalah pendengaran yang dengannya ia mendengar. Dan penglihatan yang dengannya ia melihat, Akulah tangannya yang dengannya ia meraih sesuatu dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Apabila ia memohon kepada-Ku nescaya Aku mengkabulkannya dan jika ia berlindung kepada-Ku Aku pasti melindunginya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kedudukan seseorang di sisi Allah SWT bergantung dengan ibadat yang dilakukannya dengan ikhlas, semakin banyak ia beramal semakin kasih Allah SWT kepadanya. Jika kita bersedih kerana kurang merasai cinta Allah SWT dan semakin jauh dari rahmat-Nya mungkin kerana kualiti ibadat kita telah merosot oleh kesibukan dunia dan lalai yang berpanjangan. Perbaikilah diri dan kembalilah merapatkan diri kepada Allah SWT dengan ibadat wajib dan sunnat.
Setia Pada Janji
Cinta yang tidak pernah berubah hingga ke akhir hayat adalah cita-cita setiap pasangan yang berkasih. Setiap ujian mampu diharungi dengan sabar. Begitu juga pembuktian cinta kepada Allah SWT yang menagih pengorbanan hamba-hamba-Nya. ”Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Penguasa alam semesta.” Janji ini menjadi penawar di hati seorang hamba, reda meredah setiap ujian kehidupan atas nama qadha dan qadar-Nya. Firman Allah SWT: ”Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Cinta kepada-Nya tidak pernah luntur dalam setiap keadaan, susah atau senang sentiasa setia dengan janji yang diikrarkan hingga kembali kepada-Nya. Hayatilah doa di bawah ini, semoga kita semua dikurniakan cinta yang sejati di dunia dan akhirat.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk di saat kehausan. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-malaikat-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.” (Hadits Al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Sahih, Rasulullah SAW bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud AS)