Hatta Mikasa

Saturday 24 August 2013

~Perginya Sang Kekasih~

         ~Perginya Sang Kekasih~




Datangnya Engkau kepadaku umpama Sang Batu Permata,
Menyerlah Serimu jika Sinaran Mengena menyaluti tubuhMu,
Lalu Bersinar menyilaukan mata-mata yang memandangMu,
Namun KilauanMu itu hanya sementara,
Disaat Cahaya itu hilang dan tiada..


                                               ~ Ku korbankan demi Kebahagiaannya~

Hilangnya cahaya Umpama gelap hidupku,
Mampu ku dengar tetapi tidak mampu ku melihat seperti Hidupnya si buta,
Usahaku kini Kian luntur,Hancur dan Musnah..




                               ~ Dibiarkan pergi Demi kebahagiaan yang dikecapinya~

Mengalir Air mata membasahi pipiku,
Umpama menahan luka dibasuhi Air garam,
Sakit,Pedih dapat ku rasai bila mengenangMu,


                                        ~Takdir menentukan Segalanya~

Siapalah Aku,
Apa Dayaku untuk melawan Isi hatimu itu,
Umpama melawan arus dengan hembusan nafasku,


                                   ~Semoga Kebahagiaanya kekal Abadi~

Kini ku Relakan Batu permata yang bersinar itu pergi,
Mampu dilihat tetapi tidak mampu ku dibeli untuk dimiliki,
Biarlah dikenang bukan di Mimpi....


~21 March 2012~

                                                                      ~Dalam KenanganKu~






The power to succeed





Kisah Cinta Adam & Hawa

Kisah Cinta Adam & Hawa


[Syurga Yang Serba Nikmat]


Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah). 

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan. 

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. 

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu. 


[Adam Kesepian] 

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? 

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam.

Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basaha di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya. 

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam. 


[Hawa Diciptakan] 

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur. 

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s. 

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau. 


[Pertemuan Adam dan Hawa] 


Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya. 

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu. 

Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya. 

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya. 

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya. 

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya. 

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. 

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s. 

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang.

Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta. 

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya. 


[Adam Terpikat] 


Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga. 

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum. 

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru:“Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.

“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!”tekanan suaranya menyakinkan. 

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. 

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa. 

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian.

Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan. 

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban. 

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!”Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan. 

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. 

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah. 

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora. 

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: 

“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”. 

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram. Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. 


[Perkahwinan Adam dan Hawa] 

Allah SWT Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”. 

[Malaikat Dan Para Bidadari Berdatangan] 

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami. 

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. 

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup. 

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar. 


[Mahar Perkahwinan Adam] 


Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. 

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”. 

“Bukan!” kata Tuhan. 

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan. 

“Bukan!” tegas suara Ghaib. 

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”. 

Allah SWT berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”. 

Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). 

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang. 

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. 

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)


* Kisah ini dipetik dari Buku "1001 Impian Siri 1 - Rangkaian Kisah-Kisah Bidadari" karangan Nurun Nasuha MA, terbitan Darul Nu'man.

Alhamdulillah, semoga cerita dan kisah di atas akan memberi kita ikhtibar tentang asal usul kita yang sebenar dan dari mana datangnya mahar dalam perkahwinan..
Walaupun ia kelihatan tidak begitu penting bagi insan-insan yang tidak mahu mengambil tahu akan hal ini, tetapi ingatlah teman bahawa sejarah itu terlalu mahal nilainya kalau mahu dibandingkan dengan segala hal yang lain..wallahua'alam..


Spidometer putus cinta!

Spidometer putus cinta!

Spidometer putus cinta!
Patah hati memang sesuatu yang memeritkan. Tidak di nafikan lagi. Lebih lagi bila pelbagai kenangan yang bermain di fikiran kamu bukan ? Dah-dah! Jangan peningkan kepala fikir tentang dia. Lebih baik kamu ukur sejauh mana kemampuan kamu untuk melupakan si dia.

JIKA A: MENGAMBIL MASA YANG SANGAT LAMBAT

Parah-parah! Kamu ibarat ‘si kura-kura yang merangkak’.  Kamu mengambil masa yang terlalu lama untuk melupakan si dia. Walaupun ada beberapa tindakan yang kamu ambil, namun kamu masih di bayangi dengan kenangan silam. Buktinya, kamu masih menyimpan segala pemberiannya apatah lagi gambar-gambar kenangan manis kamu berdua. “ come on life must go on!”  Kamu masih muda. Jangan terlalu meratapi pemergiannya. Kelak kamu yang rugi! Ingat, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Biarlah yang dahulu berlalu.

JIKA B : ALA-ALA LALANG!

Ada kalanya kamu seperti sudah melupakan si dia. Tetapi ada masanya juga kamu akan menangis kerinduan. Itu normal! Jangan risau. Jatuh cinta dengan seseorang memang sekelip mata tetapi untuk melupakan tidak semudah itu. Untuk elakan daripada terasa sedih bercampur dan bergaullah dengan kawan-kawan yang sentiasa mempunyai semangat positif dan mengembirakan kamu. Elakan daripada suka menyendiri. Kerana sunyi dan sepi akan membuatkan kamu berubah menjadi lalang.

JIKA C : EXPRESSNYA!

Wah, hebatnya kamu. Kamu memang seorang yang kuat! Bagi kamu ‘satu pergi sepuluh yang mari’. Hidup ini terlalu singkat untuk kamu bersedih jadi kamu akan lakukan apa sahaja untuk lupakannya. Tak kira lah sama ada cara paksa atau rela. Kamu memang handal dalam bab-bab melupakan seseorang. Jadi, putus bukanlah masalah yang utama bagi kamu.

Manisnya Zikrullah

Manisnya Zikrullah





Kehidupan dunia teramat memikat bagi kebanyakan insan. Betapa ramai di kalangan mereka yang silau dengan  keindahannya sehingga lalai dari mengingati Allah. Justeru, marilah kita hidupkan kembali ketaatan kepada Allah dengan Zikrullah. Hati akan kembali tenang dan  damai, dengan mengingati Allah...

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Lazimilah kamu dengan berzikir Ya zaal Jalali wa al-Ikram.” 
Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh (2/1256), al-Hakim (1/498-499), Ahmad (4/177), Abu Abdillah bin Mandah dalam al-Ma’rifah (13/ 1) dan dalam Tauhid (72/2), Ibn Asakir dalam Tarikh (6/107/1), semuanya daripada Ibn al-Mubarak. Al-Hakim berkata: Sahih sanad dan muwafaqah oleh al-Zahabi

Pedoman dan Iktibar Hadis

Berdasarkan hadis di atas terdapat banyak fiqh dan faedahnya yang boleh dijadikan pedoman dan juga iktibar.

Antaranya:

Pada jilid yang ke-10 kitab Majmu’ al-Fatawa, karya Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, dia mengatakan bahawa: Sesungguhnya ibadah yang paling utama setelah ibadah-ibadah wajib adalah zikir. Hal ini sudah pasti menjadi kesepakatan para ulama.

Oleh kerana itu, ada dua jalan yang menghantarkan seorang hamba itu menuju keredaan Allah, iaitu berfikir dan berzikir. Tafakur terhadap pelbagai anugerah dan nikmat Allah SWT, berzikir dengan nama-nama yang indah serta sifat-sifat Allah dan juga zikir yang sesuai dengan syariat.

Apabila orang soleh berkumpul, mereka akan berzikir kepada Allah SWT, sementara orang-orang yang berperilaku buruk dan durjana berkumpul, mereka akan membincangkan hal-hal yang mendekatkan mereka kepada syaitan yang terkutuk.

Zikir orang-orang soleh adalah dengan tasbih, tahmid, bertakbir dan bertahlil sementara zikir orang-orang yang berpaling daripada Allah iaitu dengan nyanyian yang melalaikan, ghibah (mengumpat orang lain), namimah(mengadu domba) dan kekejian. Seorang penyair menggambarkan golongan dengan mengatakan:

Apabila kami sakit, maka kami berubat dengan zikir kepada Allah,
                            Dan tatkala kami tidak berzikir, kami akan jatuh terjerumus.
Dia mengatakan: Wahai Tuhanku, apabila hati kami sakit, ia akan terubat dengan berzikir kepada-Mu, hingga ia sembuh. Sedangkan hati orang-orang yang lalai dan durjana, akan sakit dengan mengingati perbuatan sia-sia dan tidak akan pernah sihat selama-lamanya.
Akan tetapi, bilakah manusia itu berzikir dengan sebanyak-banyaknya kepada Allah? Ibn al-Solah berkata: Sesiapa yang berzikir kepada Allah pada waktu pagi dan petang, ia termasuk dalam golongan orang-orang yang berzikir kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya (sama ada lelaki mahupun perempuan).

Abdullah bin Abbas R.Anhuma mengatakan: Berzikir kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya adalah berzikir kepada-Nya pada waktu siang dan petang, pada waktu bermukim dan musafir dan pada kala susah dan senang.


Sebahagian ulama mengatakan: Berzikir kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya bererti lidahmu tidak kering daripada berzikir kepada-Nya. Dalil yang menunjukkan hal itu adalah hadis Abdullah bin Bisr r.a yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Ahmad dengan sanad yang sahih, katanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat (ajaran) Islam ini sudah terlalu banyak bagiku, maka khabarkan kepadaku sesuatu yang aku boleh berpegang teguh dengannya.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sentiasa lidahmu basah dengan berzikir kepada Allah SWT.”- Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah.


Mutiara Hikmah
Penulis melengkapkan perbincangan ini dengan mengemukakan dua mutiara hikmah iaitu:
Pujangga berkata: Ketika banjir sebesar gunung datang, Nuh berteriak: “Wahai Zat yang Maha Penyayang, yang Maha Memberi.”Dalam masa sekejap datanglah pertolongan. Dia selamat sekali gus mendapat keuntungan. Sedangkan orang kafir, telah rugi dan hancur binasa.

Pujangga berkata: Yunus berada di dasar laut dalam tiga kegelapan yang berlapis. Maka dia pun mengirimkan surat kilat yang isinya berupa pengakuan tentang dosa yang pernah dilakukannya. Dengan serta merta pertolongan itu datang tidak ubah kilat. Kelajuan itu berpunca daripada kejujuran doa itu.
Dalam melaksanakan zikir sewajarnya seseorang itu merujuk kepada guru-guru dan para ustaz yang berwibawa agar amalan yang dilakukan benar-benar menepati sunnah.

Al-Fudhail bin Iyadh berkata: Tidak ada satu malam pun yang gelap kecuali Allah berkata:

Siapakah yang mengagungkan anugerah-Ku, pada saat banyak makhluk yang bermaksiat dan Aku mengawasi mereka? Aku menidurkan mereka di atas tilam, seolah-olah mereka tidak pernah menderhakai dan aku menguruskan urusan mereka seolah-olah tiada dosa antara mereka terhadap diri-Ku. Aku tetap memberikan anugerah dan kenikmatan walaupun kepada orang yang menderhaka kepada-Ku.

Oleh kerana itu, siapakah orang yang berdoa kepada-Ku kemudian Aku tidak mengabulkannya? Siapakah orang yang menangis di hadapan pintu-Ku dan Aku membiarkannya sahaja? Aku adalah dermawan dan kedermawan adalah diri-Ku. Dan di antara kedermawanan-Ku, iaitu memberikan kemaafan bagi orang-orang yang pernah bermaksiat.

Dan di antara kemurahan-Ku pula adalah, iaitu memberikan taubat kepada orang yang pernah melakukan maksiat, seolah-olah mereka tidak melakukannya. Maka ke manakah para makhluk-Ku lari dari-Ku? Ke manakah orang-orang yang bermaksiat lari dari pintu-Ku?- Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam kitabal-Hilyah al-Auliya.

Semoga cebisan kisah ini memberi semangat kepada kita umat Islam untuk sentiasa melazimi zikrullah seperti mana yang disebutkan oleh  Imam al-Ghazali  dalam kitabnya Minhaj al-Abidin  - Sejumlah Faedah dan Kelebihan Zikrullah.