Masih ingat tak post REMAJA tentang 15 ciri-ciri ‘Miss or Mr. Annoying’ yang ada di dunia ??

Jika ya, kali ni REMAJA nak beri 13 annoying things that couples do.

Tidak di nafikan, bercinta memanglah sesuatu yang indah dan mengasyikkan. Adakalanya kita langsung tak sedar dengan apa yang kita buat. Tapi ketahuilah ada beberapa pekara yang mungkin kita rasa seronok di buat tetapi ‘bernanah’ untuk di lihat oleh orang lain.

1)      BERMETAMORFOSA
Wah-wah, sebelum ni kamu bukanlah seorang yang gemarkan permainan bola sepak, tapi sejak kamu bercinta dengan dia bukan main lagi hari-hari kamu bercerita tentang bola. Yes, people change and it’s good tetapi tidak bermakna kamu harus menjadi kembarnya. Apatah lagi bila kamu yang sebenarnya terlebih fanatik!

2)      LIVE ACTION
Amboi, bukan main lagi ye kamu berdua bermesra-mesra depan orang ramai. Tak malu ke ? Orang lain pun bercinta juga, tapi beragak-agaklah. Tidak semestinya kamu perlu menunjukan kemesraan kamu berdua di depan khayalak ramai.


3)      BERSUAP-SUAP DI RESTORAN
Jika kedua tangannya sudah tidak berfungsi lagi untuk menyuap makanan barulah boleh di bantu. Ni tidak, ada je adegan-adegan romantik kononnya. Bagi kamu memang lah sweet tapi tidak bagi orang di sekeliling kamu!

4)      MACAM BELANGKAS
Kamu dan dia ibarat garpu dan sudu yang memang tak boleh di pisahkan. Sampaikan kawan-kawan perempuan lain ajak ‘girls day out’ pon kamu heretlah kekasih hati kamu sekali. Ke mana sahaja kamu pergi mesti ada dia. Agak-agak lah, ada masanya kamu berdua perlu berengang juga.


5)      MENGHILANG
Sejak memiliki kekasih hati, susah betul nak nampak kamu. Lebih parah bila persahabatn bersama kawan pun mula terabai. Jangan macam tu, kawan-kawan pon ada pentingnya juga. Mesti di ingat, bila waktu susah kawan juga yang kamu akan cari.

6)      MINTA KEBENARAN
Setiap kali nak ajak keluar je mesti nak kena minta kebenaran dari pasangan. Memang menjengkelkan! Hellooo! Dia boyfriend kamu je kot. Bukannya suami! Jangan macam tu lama-lama orang meluat nak ajak kamu keluar.

7)      TERLALU TERIKAT
Bila ada kawan lelaki yang cuba rapat dengan kamu je, mesti kamu akan cuba menjauhkan diri. Kononnya setia dan tak mahu si kekasih hati salah faham dengan apa yang terjadi. Tetapi bukan ke itu sangat menjengkelkan ? Jika di benar-benar mencintai kamu si dia pasti akan sentiasa percaya dengan kamu!


8)      INTERNAL SIGNAL OR LANGUAGE
Dalam pada ketika berbual-bual bersama kawan-kawan, tiba-tiba kamu dan kekasih kamu ketawa. Pelik kan ? bila di tanya mengapa kamu terus berkata “tak ada apa, rahsia!”. Hey, kalau itu rahsia antara kamu, tak perlulah bercakap atau menunjukan signal di depan orang ramai. Janganlah buat kawan-kawan lain seperti patung.


9)      MENGHALANG PERJALANAN
Menikmati masa bersama si dia sambil berpimpin tangan boleh je, tetapi prihatin lah sikit. Jangan sampai menghalang lalu lintas orang lain. Kalau korang berdua dok jalan berpimpinan tangan dengan jalan slow motion akan membuatkan orang di belakang marah je.


10)   WAJIB DUDUK BERSEBELAHAN
Tanpa segan silu kamu meminta kawan kamu yang lain bangun dan beralih tempat hanya kerana kamu ingin duduk bersebelahan dengan kekasih kamu. Bukan main, macam lah kiamat dunia ni kalau kamu duduk berjauhan sedikit.

11)   SAYANG, SAYANG OH SAYANG!
Setiap pasangan mempunyai gelaran masing-masing bukan ? tapi janganlah sampai orang ramai pon kamu nak panggil dia ‘bie..’ ‘honey’ atau sebagainya. Takut nanti ada yang mengejek nama gelaran si dia. Well kamu suka ke bila ada orang mengajuk-ajuk panggilan kamu berdua ?


12)   BABY TALK
Ini lebih parah! Ada je yang nak bercakap ala-ala budak pelat baru bercakap. Comel lah tu! Takde maknanya, lagi orang menyampah ada lah.


13)   KEMBAR TAK SERUPA!
Biasanya perempuan yang akan buat permintaan macam ni. Ada je yang nak sama-sama. Baju sama lah ini lah itu lah! Motif hanya ingin menunjukan pada duni bertapa sweetnya kamu berdua! Eiii! Meluatlah! Tak perlulah sampai corak pon nak sama!